Saturday, November 30, 2013

KEHIDUPAN

Assalamualaikum , haiii :)

Entry kali ni nak cerita pasal novel yang aku baca .

NOVEL ' BIARKAN YM TERUS BERBICARA ,
KARYA , HANNI RAMSUL .

Best tu semestinya . but aku nak kongsi satu ayat daripada novel ni yang buat aku rasa benda ni sangat berguna untuk diri sendiri juga . let's read ......



HIDUP INI , BANYAK FASA . UNTUK DAPATKAN SESETENGAH PERKARA KADANG-KADANG TERPAKSA KITA KORBANKAN PERKARA YANG LAIN .

Kita tak akan dapat semuanya dalam satu masa .

Setuju sangat , sebab , kalau dalam kehidupan ni , kalau boleh semuanya kita nak , tapi untuk dapat kan semua yang kita nak tu tak akan dapat semua nya dalam masa yang sama . Jadi bersabar tu perlu . dan doa . Allah sentiasa dengar apa yang diminta oleh hambaNya :)

Bila tengah menaip ni , teringat yang ibu selalu cakap , baca novel je . hehe , baca novel bagi aku sangat berguna , sebab dapat dalami setiap watak yang berbeza dalam novel tersebut , dapat mengerti erti kehidupan dan banyak beri aku pengajaran dan lagi meng-improvekan bahasa dalam menulis karangan .

Kenapa aku cakap macam tu ?

Sebab nya sebelum ni aku taktahu maksud usai , tapi bila baca novel , selalu terbaca ayat macam ni ' Usai sahaja aku menunaikan solat....

so dalam membaca ni kita dapat belajar juga cara penggunaan ayat tauu heheh .

ok lahh , saje je nak kongsi pengalaman membaca novel yang baru 2tahun ni :)
bye , Assalamualaikum :**

wait , ni novelnya :) pergi beli cepat haha ok bye

Tuesday, November 26, 2013

PMR (PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH)

Assalamualaikum .

haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :)

PMR is over . haha , sebanarnya dah lama habis dah . Cuma baru nak update je blog ni . Lagipun baru je kemas kini balik blog ni , dan buang sagala cerita-cerita lama yang agak kebudak-budakan bila meng-update hehe :)
Ceritanya macam ni , masa PMR yang lepas , punya la takut nak jawab , sampai stay up malam-malam baca buku , ada juga kadang-kadang tu tertidur tengah baca hahah , lawak pula rasa .
Bila dah sampai sekolah , cemas gila rasa , tapi masa nak turun kereta tu yang tak tahan , mintakmaaf sampai menangis . Bayangkan wajah-wajah ibu ayah yang berharap anak dia berjaya , ya Allah , gelisah masa tu Allah sahaja yang tahu .

Lepas dah sampai je dekat kantin , beratur terus masuk dewan kan , haaa jawab la jawab , ada juga soalan yang ter...... hmm :'( . Malas nak ingat . huh bila sampai masa petang tu , datang satu dugaan . Ya Allah , masa tu rasa nak call ibu suruh bawak balik  . Tapi kuatkan juga sebab ade satu paper lagi . Tahan punya tahan , sampai menangis dekat kantin . Nasib kawan semua bagi semangat .
Bila dah masuk dewan masa petang tu , tengah jawab , sakit lagi . Kau tahu , rasa macam nak menangis bila datang sakit dekat pinggang . Airmata dah menitis sikitt . Tapi aku kuatkan juga untuk masa depan .

Tak sangka hari pertama periksa tu , aku terpaksa hadapi dugaan macam tu . tapi , Alhamdulillah , semua nya okay .
Baca-baca dekat twitter , 23 Disember 2013 tarikh keluar keputusan , harap-harap tak menghampakan harapan ibu dengan ayah . Ibu cakap , kita dah usaha , apa sekali pun keputusan yang keluar , kena reda .
Kalau kita rajin solat , doa tambah dengan usaha , Allah S.W.T pasti akan tolong :) In sha Allah .
Tu je la entry untuk hari ni . Sambung entry seterusnya ya :)
byebye , Assalamualaikum .